Monday, 4 March 2013


KAEDAH DAN STRATEGI TERJEMAHAN


Menurut Arizah Ardi dalm bukunya Pengantar Prinsip Penterjemah pada tahun 1950an banyak kaedah yang digunakan untuk menterjemah dan menganalisis terjemahan. Penggunaan pelbagai perkataan seperti strategi, taktik,kaedah, proses,prinsip dan prosedur hanyalah satu kekeliruan istilah sahaja.Tahun 1950an banyak kaedah yang digunakan untuk menterjemah dan menganalisis terjemahan.Penggunaan pelbagai perkataan seperti strategi, taktik, kaedah, proses,prinsip dan prosedur hanyalah satu kekeliruan istilah sahaja.Dua kaedah penterjemahan iaitu kaedah lama dan kaedah baru.
Mengikut kaedah lama penterjemahan ditumpukan pada persamaan bentuk teks terjemahan dengan teks asal. Aspek seperti format,rima rentak, bunga bahasa dan ciri-ciri kebahasaan dalam teks asal cuba dikekalkan supaya terjemahan yg dihasilkan menyamai bentuk teks asal. Kaedah ini dinamakan  Kaedah Terjemahan Formal ( formal equivalence ). Kaedah ini juga dikenali sebagai Kaedah Formal, Kaedah Terjemahan Harafiah dan Terjemahan Literal.
Kaedah baru pula mengutamakan reaksi pembaca dan kesan terhadap pembaca. kaedah baru ini menitikberatkan persamaan dinamik ( dynamic equivalence ) dan disebut sebagai terjemahan kaedah dinamik. Berdasarkan 2 kaedah utama tersebut, Vinay dan Darbelnet iaitu 2 orang pakar penterjemahan telah mengutarakan beberapa kaedah antaranya :
KAEDAH LAMA ( KAEDAH FORMAL )
KAEDAH BARU ( KAEDAH DINAMIS )
1
Pinjaman         
1
Persamaan      
2
Peniruan
2
Adaptasi  
3
Penggantian
3
Penyamaan fungsian  
4
Tranposisi
4
Pengembangan
5
Generalisasi
6
Mudulasi

KAEDAH PINJAMAN  ( BORROWING )
Kaedah ini digunakan untuk sesuatu unsur yg tidak wujud dan tiada padanan yg sesuai di dalam bahasa sasaran misalnya dari segi teknik, konsep, peristilahan dan sebagainya. Contoh;
Teks sumber:Endocraditis is caused by bacteria that enter the blood.
Teks sasaran:Endocraditis berlaku akibat bakteria yang memasuki darah.

Kaedah ini diamalkan untuk menimbulkan sifat-sifat khusus dalam sesebuah teks. Kata ini dipinjam secara terus dan ditulis miring dalam teks misalnya aorta, aspirin ,matron, wikipedia, homestay dan sebagainya. Kaedah ini paling mudah dan merupakan terjemahan terus dan terjemahan langsung. Kata pinjaman ini diklasifikasikan sebagai kata pinjaman tulen tidak asimilasi contohnya :
Teks sumber: Pelancong juga akan berpeluang mengunjungi pasar malam yang…..
Teks sasaran: Tourist will also have the opportunity to visit the pasar malam which….

KAEDAH PENIRUAN ( LOAN TRANSLATION )
Kaedah ini berlaku apabila kemasukan istilah pinjaman ke dlm bahasa sasaran namun istilahnya sahaja yang ditiru atau diterjemah. Terdapat  dua jenis peniruan iaitu :
1.    Peniruan penyampaian yang tidak mengubah struktur bahasa sasaran contohnya :

buffet servis
servis buffet
electric current  
arus elektrik
social science
sains sosial

2.    Peniruan struktur yg memasukkan struktur baru dalam bahasa sasaran.Contoh :

prime minister
perdana menteri
head quarters    
ibu pejabat
carbon dioxide   
karbon dioksida

KAEDAH PENGGANTIAN  ( HARAFIAH / LITERAL TRANSLATION )
Kaedah ini digunakan dengan menterjemahkan atau menggantikan perkataan atau frasa dalam ayat tanpa perlu melakukan perubahan yg besar terhadap kedudukan struktur atau susunannya.
Contoh :
Teks sumber
Teks sasaran
I miss you
saya rindu awak

KAEDAH TRANPOSISI ( TRANSPOSITION )
Kaedah tponposisi merupakan kaedah terjemahan yg mengubah atau menukar kedudukan frasa atau klausa dan golongan kata dlm bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta atau maklumat. Kaedah ini bertujuan untuk menyampaikan maksud dlm bahasa sasaran secara paling bersahaja dan utk memperjelaskan lagi kandungan maklumat yg mungkin boleh mengelirukan jika kaedah tranposisi tidak digunakan.
Contoh:
Teks sumber
 Teks sasaran
Invest as low as RM5,000.
Dengan pelaburan serendah RM5,000.
Teks sumber
Teks sasaran
trading as a profession.
berniaga sebagai kerjaya.

KAEDAH MODULASI ( MODULASION )
Kaedah modulasi digunakan untuk tujuan yg sama seperti tranposisi iaitu untuk menyampaikan maklumat dengan gaya bahasa yang paling bersahaja dan mudah difahami. Modulasi boleh digunakan apabila terjemahan yang terhasil tidak menepati hukum tatabahasa, janggal atau menyimpang maknanya walaupun terjemahan secara literal atau tranposisi telah digunakan. Contohnya :
Teks sumber
Teks sasaran
right bank
tebing kiri

KAEDAH PERSAMAAN ( EQUIVALENCE )
Kaedah persamaan iaitu persamaan yang perlu dilakukan oleh seseorang penterjemah ialah persamaan yang paling hampir dan persamaan yang paling lazim. Kaedah persamaan ini dilakukan pada pelbagai tahap seperti peringkat leksikal, sintaktikal dan persamaan wancana. Persamaan leksikal bukanlah mudah. Contohnya kos hangus tidak sama dengan  burnt.


KAEDAH PENYESUAIAN ( ADAPTATION )
Kaedah penyesuaian merupakan penggantian terhadap perbezaaan budaya yang terdapat dalam dua bahasa. Kaedah ini dianggap sebagai kaedah terjemahan yang paling bebas. Ianya  digunakan secara meluas  untuk menterjemah  lakonan ( komedi ) dan puisi.Tema, watak dan plot  lazimnya dikekalkan.  Biasanya dlm keadaan ini makna dan mesej yg cuba disampaikan dengan cara lain, dan pembaca akan memahaminya setelah membaca keseluruhan teks.
Persamaan terdekat bergantung sepenuhnya kepada konteks dan nilai budaya seperti dalam ungkapan idiomatik daripada peribahasa. Tidak ada dua perkataan yang benar-benar sama makna dlm dua bahasa yang berlainan. Oleh itu, kita tidak menterjemah dgn menggunakan persamaan yang tepat, sebaliknya menggunakan persamaan yang paling dekat maknanya.
Contohnya :
PERSAMAAN TERDEKAT
PERSAMAAN SEJATI / BERSAHAJA
National
nasional,negara,kebangsaan
big and small      
kecil besar
National language   
bahasa kebangsaan
my friend and I   
saya dan sahabat saya

Persamaan yang paling baik ialah persamaan yang terdekat  dan sejadi  sekali gus. Penterjemah yang menggunakan  hanya bentuk persamaan sejadi akan menghasilkan terjemahan bersahaja. Terjemahan tersebut  seolah –olah ditulis terus ke dalam bahasa penerima  dan tidak kelihatan seperti terjemahan.
Contohnya :
Teks sumber
He kissed his daughter on the mouth.
Teks sasaran
Dia memeluk anak perempuannya dengan penuh kasih sayang.

Dlm budaya inggeris, seorang bapa yg baru pulang dari perjalanan yg panjang boleh mencium bibir anaknya . Tetapi  situasi ini tidak wujud langsung dlm budaya melayu yang boleh disamakan dengan seorang anak yang menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan bapanya lalu mencium tangan bapanya.

PENYAMAAN / PADANAN FUNGSIAN
Merupakan kaedah yang menterjemah fungsi warta supaya dapat memberi reaksi yang sama kepada pembaca terjemahan seperti reaksi yg diterima oleh pembaca teks sumber.
Contohnya :

Dalam bahasa Inggeris
go to hell
Dalam bahasa Melayu
pergi jahanam, pergi mampus

Kaedah penyamaan ini boleh juga digunakan dalam simpulan bahasa dan peribahasa dalam bahasa sumber.
Contohnya:
Bahasa sumber
as like as two peas
Bahasa sasaran
bagai pinang dibelah dua.
Bahasa sumber
too many cooks spoil the broth.
Bahasa sasaran
dua nakhoda satu kapal

Peribahasa ini tidak boleh diterjemahkan secara literal atau secara peniruan kerana ia mempunyai maksud yang bersifat kebudayaan. Jika diterjemah secara langsung, ayat-ayat diatas membawa maksud “ seperti dua kacang pis” dan “ terlalu banyak tukang masak merosakkan sup”. Ini menyimpang dari maksud asal peribahasa.

PENGEMBANGAN ( EXPANSION )
Merupakan kaedah yang menghuraikan dan memperjelaskan warta dengan panjang lebar bagi pemahaman pembaca terjemahan. Kaedah ini digunakan dengan memasukkan maklumat-maklumat tambahan dan baru yang biasanya  melibatkan konsep saintifik atau istilah yang tidak terdapat dalam budaya bahasa sasaran. Pengembangan boleh dilakukan dua cara iaitu sisipan dan nota kaki :
Contoh :
SISIPAN ( PARENTHETIC )
Teks sumber
Pekan Kajang masyur dengan sate.
Teks sasaran
Kajang town is weel know for satey 

NOTA KAKI ( FOOT NOTE )
After agreeing with the labourers for a denarious¹ a day, he sent them into his vineyard.
¹The Denarious was worth about seventeen pence



GENERALISASI
Merupakan kaedah yang paling mudah dan ringkas. Kaedah ini merupakan kaedah yang menjadikan  makna terjemahan lebih umum atau tidak khusus. Namun kaedah ini hanya boleh digunakan seandainya  pengabungan makna terjemahan tersebut tidak mengubah mesej teks asal.
Contoh :
Teks sumber
Mereka akan dijamu dengan durian,langsat ,rambutan dan manggis.
Teks sasaran
Some local fruits will be serve to them

Kesimpulannya,pemilihan kaedah yang sesuai bagi penterjemahan  banyak bergantung kepada berbagai-bagai faktor iaitu ringkas atau kompleks sesuatu teks, jenis atau fungsi teks ( risalah,am atau tenikal),bidang teks ( sastera, agama, sains atau teknikal ) dan peringkat teks ( untuk kanak-kanak, sekolah rendah atau sekolah menengah atau pengajian tinggi ).
Justeru, seorang penterjemah haruslah berhati-hati dan peka dalam memilih kaedah yang sesuai. Adakalanya kaedah-kaedah tersebut boleh digabungkan dan adakalanya terpisah.

4 comments:

  1. Amat membantu tetapi ada pembetulan.
    Nama sebenar penulis ialah Norizah Ardi (pensyarah Uitm) dan buku tersebut diterbitkan pada tahun 2009.

    ReplyDelete
  2. kaedah yang digunapakai untuk translate backstabbing ke tikam belakang ape yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa itu mneggunakan kaedah peniruan yang tidak mengubah struktur bahasa sasaran

      Delete